Cinta. Perasaan hati
payah untuk diungkapkan dengan kata-kata hanya lagu sang hati berirama dan
membiarkan cinta memancar secara zahirnya di wajah pabila bersenda dengan yang
dicintai mungkin disedari atau tidak oleh si dia. Pedulikan.
Cinta. Terlarang.
Parah dan payah diselami bagai lautan bara api yang membakar sang hati yang
mencintai.
Cinta. Yang dicintai
lesap tiada di hadapan bagaikan kabus yang datang dan pergi seringkali
menyesakkan jiwa dan roh sang hati yang menyimpan cinta.
Cinta. Yang dicintai
mengaburi mata cinta yang harus dicintai tatkala hati bertaut tali yang tidak
akan dapat disulam bersama.
Cinta. Sakti dan
sakit yang seindah ribuan duri memagari taman hati yang
mencintai berakhir lara dan pasrah.
Jam 2128 | 04012016
dalam penerbangan MH2631 ke KUL
Coretan secara Random
sang hati yang terjatuh cinta dengan tidak sengaja akan seorang insan yang
bergelar lelaki yang tidak berbuat apa2 sehingga membuatkan si hati TERjatuh
CINTA! Pelik tapi benar. Bertabahlah wahai cinta hati!
Tuhan itu adil!
Cinta. Kerana manusia
yang bergelar cinta telah mencintai seorang insan yang sungguh dicintainya dan
cinta yang disulam telah mengalirkan perasaan sehingga membuatkan cinta dan
yang dicintai bertaut kasih sayang jiwa dan raga. Cinta dan yang dicintai telah
melanggar tembok pemisah yang payah dirungkai dengan perasaan. Cinta merindukan
yang dicintai sepenuh rasa hati yang mana tidak adapun seseorang yang boleh
memahami akan perasaan rindu cinta.
Jam 1626 | 07042016
dalam penerbangan AK6114 ke Negeri Di Bawah Bayu..
No comments:
Post a Comment