Monday, January 2, 2017

Apa itu Kamu?

Wahai Kamu,

Ya Kamu lah siapa lagi,

Pandang aku,

Aku hanya mahu ucap terima kasih,

Terima kasih untuk apa ya?

Terima kasih atas segala pertuduhan melulu kamu ke aku,

Terima kasih atas segala yang kamu telah adili aku,

Ya semua itu aku yang cacat,

Cacat dalam mempamerkan cinta aku kepada kamu.

Ya, semua itu silap aku,

Akulah yang memegang seluruh kekurangan itu,

Akulah yang harus berterima kasih kepadamu kerana kritikan kamu itu,

Akan bisa membina aku yang lebih ambil peduli.

Mungkin kita tidak bisa diselamatkan lagi,

Kerna aku itu sudah kurang banyak di mata kamu,

Aku itu juga suda semakin jauh dari kamu rasa,

Iya aku silap,

Aku anggap, cinta itu hanya perlu pada rasa,

Aku silap, cinta itu harusnya perlu beri lebih perhatian dan lebih kasih sayang.

Terima kasih, ya kamulah yang aku tujukan kasih ini.. terimalah..

Cinta kita mungkin tidak bisa diselamatkan lagi.

No comments:

Post a Comment