Aku Mengenal Islam
Setelah sekian lama memendam cerita ini di fikiran aku, aku akan menceritakan sedikit demi sedikit tentang pengembaraanku mengenal Islam.
Sejak sekolah menengah, aku telah didedahkan dengan kehidupan Islam, aku punya kawan-kawan Islam, punya keluarga (makcik) Islam, dan sekeliling aku dipenuhi dengan Muslims.
Mungkin telah ditakdirkan, aku berhenti memakan daging babi sejak usiaku 16 tahun (sweet sixteen la katakan!). Keluarga hairan dengan perubahan yang aku buat pada diriku, tapi sememangnya alasanku pada waktu itu adalah aku mual setiap kali menelan daging babi. Dan juga alasan yang lain adalah kerana kawanku Marlia, adalah seorang Islam dimana aku harus berhenti makan daging babi kerana dia juga (memang tidak tahu kenapa, mungkin itu semua sudah ditentukan oleh Tuhan).
Tahun 2005, Tingkatan 5, aku mula mempersoalkan tentang trinity dengan cikguku, namun cikgu ku mengatakan padaku bahawa adalah lebih baik untuk aku tidak mengehadkan pemikiran aku tentang trinity dan just put my faith on it. Masa itu, aku memang betul-betul tidak berpuas hati, tapi kerana hormat, aku mendengar kata-kata cikgu aku.
Tahun 2006, Tingkatan 6, aku belajar sejarah dunia Islam, setiap kali peperiksaan sejarah dunia, dalam esei aku mengagungkan agama Islam dengan tanggapan aku akan mendapat markah lebih (ha ha ha). Dengan izin Allah, perasaan aku semasa menjawab soalan esei sejarah Islam memang tenang. Tapi belum masuk lagi aku mahu mengenal Islam dengan lebih.
Tahun 2008, aku masuk UiTM, aku sedikit demi sedikit tahu menahu tentang Islam, aku belajar CITU semasa first year aku di UiTM. Seorang ustaz / pensyarah CITU sewaktu itu memberitahu kami bahawa, jangan mengadili agama Islam daripada penganutnya tetapi ketahuilah Islam melalui pembacaan. Memang masa itu saya sangat sanjung ustaz itu.
Tahun 2009, second year UiTM, course yang aku ambil tetap ada pembelajaran tentang agama Islam. Ustaz yang mengajar kami pernah membawa kami untuk turut serta berbuka puasa dengan anak-anak yatim piatu di Puncak Perdana. Alhamdulillah.
Tahun 2010, hati aku terbuka untuk mengenal Islam, namun, kerana teringat akan kekecewaan keluarga dan ketidaksediaan ku untuk kehilangan ahli keluarga, aku tutup hatiku untuk mengenal Islam.
Tahun 2014, aku masuk Kadet PTD, seorang teman Islam mengajar aku sedikit sebanyak tentang Islam, aku juga bertanya sedikit sebanyak tentang Islam, sering juga aku mendapat kekuatan hati untuk mengenal lebih tentang Islam, namun sekali lagi aku berusaha untuk menutup hatiku aku untuk Islam kerana takut kehilangan keluarga saat itu.
Tahun 2015, aku mula berani untuk mempersoalkan sekali kali tentang trinity, aku mula berhenti ke gereja kerana meragui agama aku sendiri sehinggalah aku mula berani kenal Islam selepas perkenalan aku dengan Mr Batman. Dia banyak menceritakan tentang Islam denganku. Aku juga banyak membuat bacaan tentang apa itu Islam? Kenapa Islam? Dimana Islam? Kenapa Kaabah? Prophethood.. dan macam-macam lagi.
Mr Batman banyak mengajar aku tentang Islam. Terima kasih Mr Batman.
Maafkan aku ya Allah kerana selama ini, aku mengendahkanMu. Aku menutup hatiku untuk mengenalMu..
No comments:
Post a Comment