Insan Itu Insan Ini
Oh bulan oh langit ini sungguh di luar jangkaan kotak fikiranku..
Mengapa harus sekarang mengapa perlu perasaan ini hadir saat ini?
Adakah Tuhan sedang menguji hati nurani ku? Iman ku?
Hanya kerana aku telah tidak dipedulikan oleh insan itu, yang katanya seorang sahabat tetapi sekelip mata menghilangkan diri dari perhatian aku..
Tidak mengapa aku sudah tidak kisah akan insan itu.. Sahabat sahaja tidak lebih dari sahabat..
Tapi ya memanglah sahabat sahaja tapi..tapi itu entah kemana tidak kesampaian tapinya..biarkanlah dia..mungkin dia telah menemui bahagia bersama teman baru yang jauh lebih perhatian dan ambil beratnya daripada aku..mungkin dia telah beroleh gembira dengan kehidupannya.. Mungkin dia tidak mahu mengganggu hidup aku.. Mungkin dia sedang berusaha untuk melupakan aku sahabat yang pernah menjadi telinga, mata dan otaknya.. Mungkin dia telah jatuh hati padaku
️ namun tidak mahu bersamaku.. Memang kemungkinan itu beribu mungkin dan biarlah pergilah wahai sahabat aku suda boleh melupakanmu..
Dan seorang insan hadir di saat aku sedang melupakan kehadiran insan itu?
Oh dunia, bantu aku..aku tidak tahu bagaimana bisanya aku berhadapan dengan perasaan ini? Ini bikin aku takut! Takut berhadapan perasaan yang penghujungnya hanyalah kegelapan bagiku.
Bantu aku.. Kerana ini sangat luar biasa perasaan yang aku rasakan..sangat sekelip mata.. Sangat petikan jari sahaja.. bantu aku melupakan perasaan sayang yang untuk seorang insan. Bantu aku bantu aku.. Aku mulai sayang pada seorang insan. Sayang itu akan berubah cinta luar biasa kerana aku akan bisa mencintai separuh jiwa ku..
Bantu aku.. Mengapa perlu insan ini? Insan yang luar biasa sifatnya? Insan yang katanya tidak ada keberanian dan romantik sang mat romeo? Aku pelik dengan hatiku ini.. Bantu aku untuk tidak mencintainya.. Cukuplah sekadar sayang seorang teman.. Kerana aku tahu sungguh bahawa aku dan insan ini mustahil akan bersama selamanya. Percaya kata-kataku ini wahai hati.. Diamkanlah perasaanmu.. Menjauh bila perlu tak perlu mendekat..
Sekian, hati yang mulai sayang tetapi menyorok kunci hati jauh di dasar lautan perasaan
19/01/2016
0003
No comments:
Post a Comment