Kenapa juga kau perlu rasa riak dan sombong dengan apa yang kau ada?
Apa? Kau fikir semua harta kekayaan milik kau, darjat yang kau ada, pangkat yang kau pegang boleh bawa sampai ke kubur?
Apa? kau fikir semua perkara yang kau lakukan adalah sudah semestinya betul di mata orang? Kau fikir semua yang kau ucapkan itu benar-benar belaka?
Fikir, Fikir dan berfikirlah sedalam-dalamnya.
Hidup ini bukan selama-lamanya.
Hidup ini hanya sekali.
Bertaubat. Insaf dan renung-renungkanlah apa sahaja perilaku yang telah membuatkan kau rasa hebat di muka bumi ini.
Ingat, Mati itu pasti.
Ingat, kau punya Tuhan.
Ingat, Tuhan itu Maha Adil.
Ingat, bila-bila masa sahaja Tuhan boleh tarik segala-galanya.
Ingat, kau hanya manusia yang tidak sempurna.
Ingat, Ingat dan beringatlah.
Sekian.
No comments:
Post a Comment