Lamanya sudah tidak menjenguk blog ku ini. Maafkan saya wahai blog. Beberapa bulan ini, saya sibuk dengan pencarian kerja yang tidak diketahui penghujungnya. Pasal tu la tidak berkesempatan untuk mengemaskini blog (alasan semata2)...haha..
Selepas menghadiri sesi temuduga PTD yang lalu, 15/11/2013, terdetik pula hati untuk menceritakan pengalaman indah ini *_* maka dengan itu, entri kali ni akan saya ceritakan mengenai pengalaman pertama saya menghadiri temuduga tersebut.
Persediaan saya tak lah sekeras usaha calon yang lain kerana melalui pembacaan dari blog2 serta maklumat2 yang sahih, ramai juga yang bertungkus-lumus untuk temuduga tu. Walaupun tak bertungkus-lumus, namun saya tetap berusaha untuk menghafal fakta2 mengenai kerajaan Malaysia, sedikit-sebanyak tentang Sejarah Malaysia, Ekonomi, dasar2 Malaysia, RMK10, GTP, NKRA, 1Malaysia...etc...itupun buat sehari sebelum temuduga tu...
Masa temuduga tu (9:00 am), saya merupakan calon yang ke-3 untuk ditemuduga. Agak ramai juga calon yang datang pada hari tu. Sampai giliran saya, saya masuk dalam bilik temuduga, bagi salam Selamat Pagi pada 2 orang penemuduga (kedua2 lelaki) yang saya dah lupa jawatan mereka walaupun terang2 terpampang d meja. Selepas menyerahkan dokumen, saya diminta duduk. Maka bermula la sesi temuduga.
Berikut merupakan soalan2 yang diajukan pada saya:
1) Perkenalkan diri anda dan ceritakan tentang diri anda yang tidak tertulis dalam resume.
2) Pada pendapat anda, apakah kebaikan bahasa ketiga dalam jawatan PTD?
3) Apa itu PTD? Tugas2 PTD?
4) Minat jadi PTD tak?
5) Pernah tak bercita2 untuk menjadi PTD?
6) Tahu tak berapa gaji PTD?
6) Sebelum kita mengakhiri sesi ini, ada soalan tak yang ingin diajukan?
*Sesi temuduga dijalankan dalam Bahasa Malaysia.
Fuh....itu sahaja soalan yang dorang tanyakan. Selamat la juga saya sebab soalan tak killer *_*
Keputusan antara lulus atau tidak temuduga tu akan diketahui mulai 31 Dec 2013..Bak kata orang, jika itu rezeki saya, maka dapatlah....jikalau itu bukan rezeki saya, bye bye PTD hello another rezeki.
*Maaf jika ada kesalahan tatabahasa *_*
No comments:
Post a Comment