Wednesday, December 19, 2012

Kesilapan kita

Wahai teman,
Janganlah kau bergundah tatkala aku memberi buah fikiran ku,
Janganlah kau merana tatkala aku memberi petunjuk yang benar,
Janganlah kau menangis tatkala aku memperbetulkan kesilapanmu.
Tujuan ku bukan untuk mentertawakan mu,
Tujuan ku bukan untuk merendah-rendahkan mu,
Aku hanya mahu engkau dilihat hebat dikalangan mereka,
Aku hanya mahu engkau dijauhkan dari cacian mereka,
Aku hanya mahu menjadi sahabat mu,
Aku hanya mahu melindungi mu..
Semua ini aku lakukan demi kebaikan mu...
Terimalah teguran aku seadanya..
Janganlah kau bersangka buruk terhadap niat ku itu..


No comments:

Post a Comment