Hendak marah tapi tak tersembur,
Ingin mengamuk tapi tak terkilan,
Mahu mengeluh jauh sekali dari perasaan,
Perasaan ini memanipulasi fikiran,
Fikiran ini berusaha ke arah logika,
Hati tak mampu memujuk hati,
Fikiran hanya mampu mematahkan ego hati,
Terkebil-kebil menahan amarah,
Memulihkan perasaaan ini,
Fikiran terus menerawang,
Persetankan perasaan ini,
Kembali ke dunia nyata,
Berdiam diri seketika,
Bermuhasabah diri untuk ketenangan!
No comments:
Post a Comment